Monday, December 19, 2011

ku t'lah jatuh cinta.. lol !

assalamualaikum...

untuk pertama kalinya ku tlah jatuh cinta dengan sebuah novel yang bertajuk kau laksana bulan. like seriously, aku memang tak minat langsung lah bab membaca novel-novel cinta, jiwang-jiwang karat nih. memang aku ni ekceli tak macam remaja perempuan yang lain. jauh sekali bagi aku untuk membaca kisah-kisah cinta ini. mungkin kerana ketika itu, aku masih belum matang lagi kot. so, i guess that's the reason!


ok, ni lah rupa cover depan novel kau laksana bulan. yela, aku bagitau pasaipa ku tlah jatuh cinta dengan novel ni. ekceli, salah satu sebabnya adalah bopren aku berlakon dalam drama ni. ok, let me introduce you with all the character in this story. the heroin of this story is Adrianna [ayu raudhah] who was fall in love with Razif [ashraf muslim]. they have been together for so long until oneday, Adrianna had been told that her lover, Razif was gone. he died in a tragic accident. Adrianna was so sad and yet she can not accept the fact that Razif had died. after that, Adrianna had no longer has a heart or feeling to any guy. her door heart *pintu hati* has been closed.     

ekceli aku dah terpesong sikit. cinta pertama dia Syafik [fizo omar] namun putus untuk seketika. lepas tu, baru Adrianna jumpa dengan Razif, kira cinta kedua la. huhu! maafkan saya disebabkan kesilapan teknikal sebentar tadi ya. ^-^ tu la, gatai sangat nak berspeaking. kan dah celaru. dah tau english education ke laut! huh! *cakap sorang-sorang* ok, sambung balik. kat mana kita tadi. oh ya! setelah pemergian Razif, tiba-tiba muncul pula Syafik yang kini memburu kembali cinta Adrianna.

suatu hari, dalam tren, ketika Adrianna ingin pulang ke rumah, muncul pula seorang jejaka misteri yang telah menegur Adrianna dengan cara yang baik. ok, sebelum aku terlupa, Adrianna merupakan penulis novel sambil belajar sarjana muda tak silap aku. so, bila dia jumpa mamat misteri ni, dia pun kebetulan tengah cari hero untuk novel dia. memang pilihan yang tepat lah untuk jadikan mamat misteri ni hero dalam novel dia. dia pun, masa nak update novel tu, berfikirlah nama yang sesuai kepada watak mamat tu. fikir punya fikir. last-last dia dapat satu nama *Firas*.. secara tidak langsung nama tu terlintas di benak fikiran Adrianna.

keesokan harinya, seperti biasa, Adrianna diganggu oleh jejaka misteri itu lagi. kali ini perbualan menjadi semakin rancak. lantas mereka pun berkenalan. tapi mulanya, jejaka tersebut yang mula bertanyakan nama Adrianna. setelah Adrianna memperkenalkan dirinya sebagai "Adrianna", dia menanya kembali nama mamat tersebut. pada mulanya, mamat itu menyuruh Adrianna meneka namanya. tapi, semakin lama Adrianna semakin rasa marah lalu meletakkan panggilan "mamat" untuk si jejaka tersebut.

setelah melihatkan keadaan Adrianna yang semakin marah, lantas jejaka tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Firas............................Firas Ali [zul huzaimy]..dengan serta merta Adrianna terpaku serta kaget!

t.h.e.e.n.d

p/s: ekceli bopren aku yang pegang watak *Firas Ali* tu. ehehe
p/s/s: tak sabar-sabar aku nak tau kisah selanjutnya. nak pi bli buku ni ASAP!
p/s: aku baru tau ada cerita yang best macam ni. like seriously, nampak sangat aku ketinggalan kannn! AAK! lol :D

Sunday, December 18, 2011

minat remaja perempuan zaman sekarang?

assalamualaikum...

tak jawab dosa. kalau jawab dapat pahala. ok, ekceli aku bukan nak cakap pasal dosa pahala. aku cuma nak kongsikan minat remaja zaman sekarang. lebih-lebih lagi remaja perempuan. omputeh cakap "sharing is caring". betoi kah? kalau nak cakap minat saje, memang macam-macam jenis minat la depa ni. ok, termasuk aku. helloooo!! i'm still 8teen ok.. highlight sikit perkataan teen tu sat. haa, jelas sikit. ok, balik kepada perbincangan kita pada hari ini. minat. yaa! pelbagai jenis minat dari segi baju, kasut, mekap, tudung [shawl], handphone, laptop, beg, aksesori, barang kemas dan banyak lagi lah. ok, let's start with the first one :-

rantai burung hantu *owl*

ok, rantai ni memang femes dah sekarang. lagi-lagi di kalangan wanita remaja. tidak kira yang bertudung mahupun yang free hair, sama rata sahaja. ini bukanlah kutukan atau kritikan hebat dari saya. jangan salah faham ya. saya sendiri tuan empunya badan pun meminati *minatang* ni. dalam sebutan sopan sikit *benda alah* ni. aha! tapi tidak dinafikan memang *kiutmiut* lah hantu ni. opss!! bukan hantu. tersasul plak. burung hantu. huhu! ekceli, rantai burung hantu ni berasal dari Korea. memandangkan orang kita makin hari makin hanyut atau layan dengan lagu-lagu k-pop, oleh itu tercipta lah pula seutas rantai yang turut dihasilkan dari korea. sekali pandang di bahagian kepala sahaja nampak seperti seakan-akan kucing! tidakkah anda juga bersependapat dengan saya??..oh, by the way, saya terjumpa seutas rantai burung hantu yang sangat comel dan limited edition baru-baru ini di taiping sentral. it's cost RM19.90sen. quite expensive ekceli. but i still going to buy it. for sure. *excited*.. 

pashmina *shawl*

seterusnya, pashmina. ok, sebut je *pashmina* semua orang tau semua orang kenal kan. even kalau tanya budak 1tahun pun depa pandai sebut paaaasshhmiiiinaaa!! panjang tu. 6harakat. aha! kalau sebut ja pashmina mesti hangpa duk imagine *tudung yang berbelit-belit tu* kann. macam-macam stail lah sekarang ni. ni aku baru cakap pasal pashmina. belum cerita yang jenis lain lagi. syria lah, waheeda lah, banyakk kott. tapi setakat ni, jenih ni la aku minat sangattt!! huhu! pashmina pulak, bukan satu jenih ja. ada macam-macam jenih. memang berjenih betoi. memang mula-mula bila aku tengok orang pakai pashmina, bukan main sakan lagi aku duk kutukk habis-habisan. aku pertikaikan. "eee, tak rimas ka hangpa duk pakai ni? dah la berbelit-belit. tak panas ka? " laa ni, kena diri aku balik. punggahh! dan aku amat pasti bahawa, terdapat segelintir yang berfikiran seperti aku yang masih mempertikaikan pasal *pashmina*. titik!


kasut *wedges*

next, *wedges*. ok, bukan cheesy wedges atau apa. ini adalah kasut yang dikenali dengan panggilan wedges. sangat femes juga zaman sekarang terutama di kalangan remaja perempuan, baik yang free hair mahupun yang bertudung. kedua-duanya sering memakai benda alah ni ketika keluar lepak-lepak atau shopping mahupun dating bersama teman-teman sejati serta teman- teman lelaki. muahaha! ok, ekceli aku pun minat *minatang* ni. sangattt minat sebenarnya. tapi, aku jarang pakai kerana takut menjadi terlalu tinggi apabila disamping rakan-rakanku. like seriously, bukanlah aku nak perasan tinggi ke hapa. tapi memang aku tinggi lagi dari kawan-kawan aku. nak buat macam mana. bukan salah aku pun. not my fault!!  

gelang *bangles*

ini merupakan bangles atau aku panggil gelang ja. sangat sweet apabila digayakan dengan blouse, t-shirt, cardigen, dan banyak lagi. senang dipakai serta mudah ditanggalkan. juga femes di kalangan perempuan remaja kini. dan yang latest adalah seperti ini
gelang *bangles bukak tutup*

haa, yang ni lagi best. kalau nak pakai terus bukak pastu masukkan kat pergelangan tangan then *bangles bukak tutup* ni akan otomatik cengkam tangan kita. tak payah nak susah-susah nak sarung kot jari kemudian tolak ke pergelangan tangan. mudah kann? orang indon kata "gampang banget" aha! ni kalau dengaq kat opah aku ni gerenti hinggap sebijik penampar kat muka aku ni. haha! yela. kalau kat sini perkataan *gampang* ni dh dikira mencarut tau. like seriously orang yang baca blog aku pun bukannya orang indon. orang malaysia jugakk. so, konfem depa tau perkataan tu kann. ok, aku tak mau membebel lagi dah. cukup dulu la kot entry kali ni. sehingga berjumpa lagi di lain hari dan waktu yang sama. amboih! dah macam pengacara melodi plak. ekeke! kurangkan kontroversi, tingkatkan pretasi.. peace yaw!

p/s: segala yang berlaku pasti ada hikmah :)

Wednesday, December 14, 2011

dear d!ary: the last night in Kolumpo!!

dear d!ary: the last night in Kolumpo!!: Assalamualaikum... Ternyata sangkaanku silap. Aku still tak dapat keluaqqq rumahhh!! Arghhhh, tension siott!! aku ingat at least sebelu...

the last night in Kolumpo!!

Assalamualaikum...


Ternyata sangkaanku silap. Aku still tak dapat keluaqqq rumahhh!! Arghhhh, tension siott!! aku ingat at least sebelum aku balik ni, dapat la aku keluar sekejap. Sekejap pun jadi la. Nevertheless, langsung haram tak keluaq pun. Adoiiii..!! Saban hari aku berdoa dan berharap agar keesokan harinya aku pasti dapat keluar rumah. However, no point! Still terkurung dalam rumah ni.

Sampailah esok aku dah nak balik naik bas pukul 10.20 pagi. Memang tak dak rezeki aku kot jalan kat kl nih. Haesshh!! Pasrah je la cik Ann Watson oi. Macam manapun, aku still memberontak, protes, dan mogok! huh! Ok, kepada penghuni-penghuni kl, anda semua pasti heran dan kutuk aku kan. Yela, kl je pun. Bukan ada apa yang best pun. Hangpa mesti kata macam ni "ek eleh, ape la yang u nak sangat jalan kat kl ni? Kitorg dah jemu tau duduk kl ni, bosan! " ...Lebih kurang macam tula dialog orang kolumpo.

Of course depa akan kata macam tu. If aku ada kat tempat depa pun, sure kata benda yang sama. But, aku ni orang Taiping bukan Kolumpo. So, imagine la, bila orang Taiping mai Kolumpo. Konfem-konfem peqak. Tapi aku tak kata aku peqak. Aku orang Kamunting bukan Taiping. Tapi still dua-dua tu dalam Perak. aha! Fyi[for your information], aku usaha la protes tak mau mandi. Like seriously, bukan la tak mandi langsung. Aku mandi la jugak cuma lambat sikit. Contohnya, aku mandi paling awal dalam pukul 4 petang la. haha! Hebat kann aku!

As you ols know, i still tak dapat keluar rumah walaupun i protes. Sia-sia je i protes tau. haehh! Diorang bukannye peduli pun i mandi awal ke lewat ke. Sakit hati ni. Rasa macam nak lari dari rumah pun ada. Orang Indon cakap "gue pikir mau kabur dari rumah ah". Lebih kurang mcam tula depa cakap. Orang Perak belah Kuale Kangsar cakap "teman rase-rase la kan, teman nak lari dari rumah ni tau". Orang Kedah belah Kokdiang cakap "cek rasa kan, cek nak laqi daqi qumah la". ahahaha! Semua dialek aku tau. Jangan main-main. Phua Chu Kang kata " don't play-play" haha! Nasib baik la ada matluthfi ni. Boleh la jugak dia menemani aku disaat aku tengah kebosanan gilaaa!!


Kepada sesiapa yang meminati k-pop. Saksikanlah...!!


p/s: at least ada matluthfi kann..
p/s/s: segala yang berlaku pasti ada hikmah ^-^

Tuesday, December 13, 2011

anda stress, tension, or bosan? hilangkan dengan ini.....

Assalamualaikum...

Oleh sebab terlalu tension dengan hidup ni. So, aku amik keputusan untuk mereleasekan tension ni dengan menonton youtube..

The only way to light up my day is by watching the http://www.youtube.com/. [macam biasa, my english education memang ke laut, i tahu!]..So, what are you waiting for.? layaaaaannn..

Kategori vlogging :- matluthfi90...[make you laugh devil *gelak setan* until you rolling over on the floor *berguling atas lantai*..] kelakar gila habaq hang!!



Bagi yang cerewet sangat tu, Buat ni tak kena, buat tu tak kena. Merungut je tau. Tengok lah ni...




Kepada insan yang berasa dirinya tak cantik. Eloklah tengok ni...




For those who are still confuse about choosing your friend. See this....




Bagi sesiapa yang suka dan minat menonton drama melayu kita. Tonton lah ini....




Yang ni khas buat orang yang suka buang sampah merata-rata tempat  tanpa rasa bersalah langsung!!




Trylah jamu tetamu anda *mercun ketupat* pada hari raya nanti ye!!


Ok, banyak lagi actually. Kalau tension-tension terjah la video-video matluthfi eh. jangan lupe k!! until then, see ya!

p/s: tengok matluthfi buat video, aku pun teringin daa
p/s/s: segalanya ada hikmah :D


Sunday, December 11, 2011

someone like you jar of hearts, criminal !!!

assalamualaikum...

~nevermind i 'll find someone like you
~don't forget me i beg

~sometimes it last in love but sometimes it hurt instead
~who do you think you are
~i'm not your ghost anymore
~i learnt to live half alive
~don't come back for me, don't come back at all
~deep took so long just to feel alright
~you broke all your promises
~you don't get to get me back!!!

~mama i'm in love with the criminal
~he is a sucker
~he's just a dog astray
~he is a rebel with a tainted heart
~he's no good at all
~he's unrealiable

~i should stay away
~this type of love isn't rational it's physical
~mama please don't cry i will be alright
~all reasons inside i just can't deny
~love the guy!!
~all i know should let go but no
~i hear people talk trying to make remarks keep us apart
~but i don't even hear
~i don't care!!

p/s: i'm single but not available
p/s: segalanya ada hikmah :)

once up0n a time in kuala lumpur [part 2]

assalamualaikum...

ok, kembali merepek dalam kerepekan aku ni. dalam entry lepas aku nyatakan pasal andak and mama ajak pergi rumah abang li kan. guess what?? im here.. di rumah abang li yang dah macam rumah dato' menteri dah aku tengok. aha! stil aku tak dapat keluar dari rumah. walaupun aku dalam rumah yang berbeza. rumah tetap rumah. hukhuk! mungkin besok aku dapat keluar kot.. mudah-mudahanla kan..InsyaAllah!!

like seriously aku dah rasa macam "katak di bawah tempurung" dah ni. duk terperap dalam rumah. apa yang aku mampu buat hanyalah mengupdate blog ini. nasib baik la ada blog ni. dapat jugak aku meluahkan segala kerepekan yang telah lama membuak-buak di dadaku ini. wahh! *ayat melampau*. do i care?? ok, aku tak kira apa nak jadi jadi lah seperti ayat_____juzuk_____firman Allah swt: "kun fayakun" yang membawa maksud "jika Aku yakni Allah berkata jadi, maka jadi lah ia"....iklan sekejap! adoiiyaiii...ape yang aku merepek ni.. langsung tak dak kaitan. like i care??

macam ni lah, aku cakap macam tu sebab aku dah tak tahan nak terkurung dalam rumah lagi dah. tak kira la walau rumah artis siti nurhaliza, anuar zain, pak lah, istana raja, aaron aziz, kate spade, zac efron sekalipun, aku still nak keluaqqqq!!!!

dak. aku bukannya apa. banyak lagi duit elaun yang wajib perlu aku habiskan guna.. haha! *lagak orang banyak duit*. dak.dak. aku bukannya nak belagak ka riak ka takbur ka kann. aku teringin la nak guna sikit duit elaun aku tu alang-alang dah ada kat kuala lump0q ni kan. bukan senang aku nak mai sini.bukan selalu. so, why not?? kannn??..how i wish i could be out there. lepak-lepak sampai 2, 3 pagi. haehhh!! so sad!

ok, sebelum aku melalut lebih lanjut, baik aku sambung balik. kat mana kita tadi? oh ya! i see.. habiskan guna duit elaun. ok, duit elaun ni bukan untuk aku berfoya-foya ke pergi vacation ke ok. sebaliknya, aku nak bli souvenirs untuk familyku, saudaramaraku, keluargaangkatku, lecturerku, sahabatsejatiku, bffforeverku, rakantaulanku and mereka yang mengenali diri ini. wahhh!! baik kann aku. sangat baik gila kann?? hahahahha!!

beside that, aku nak jugak bli barang dari ujung rambut sampai ujung kaki khas untuk aku seorang ja. teringin. mengidam la katakan. zaman sekarang, mengidam benda pelik-pelik sikit.hahah! tapi, apa-apa pun selagi aku tak puaz bli barang kat sini, jangan harap aku nak balik teipeng tau!!! like seriously aku ni bukanlah shopaholic or kaki shoping or whatever la kann. aku cuma nak cuba berbelanja di bandar kuala lump0q ni ja. tu ja. tak dak sebab lain. aku ni fyi, sangat lah tidak suka shopping. bayangkan, sedangkan window shopping pun aku rimas inikan shopping. huh* sendiri mau tau la kan.. ok, cukuplah dulu ek. ni pun aku rasa dah terlalu panjang aku karang ni. that's all for this entry. see ya!

s.e.k.i.a.n

p/s: aku nak keluaq!!
p/s/s: segalanya ada hikmah :) sabar eh ann wats0n. bak kata miz fara "al sobru minal iman" something like that la.. teeehee~








once up0n a time in kuala lumpur

assalamualaikum....

izinkan aku meluahkan segala krepekan aku dalam ni. masuk hari ni dah lebih kurang seminggu aku tak dapat keluar rumah. aku terkurung dalam rumah ni sejak hari isnin hari tu. bayangkanlah, ni dah masuk hari ahad esok isnin balik. arggghhhhh!!!!!.. betapa tensi0n nya aku. betapa member0ntaknya hatiku saat, detik dan ketika ini. aku bukannya apa. aku nak keluaq dari sini. yela, kalau aku tau mai kl ni cuma untuk aku duk rumah ja baik aku duk kat rumah aku sendiri. ok, tiba-tiba sedang aku menaip krepekan ini. andak and mama ajak aku p umah abang li. yeay!! macam tau-tau ja.. okbai

p/s: segalanya ada hikmah :)

Saturday, December 10, 2011

kisah seorang student dengan cikgunya part 2

Assalamualaikum..apa khabar kepada semua bloggers di luar sana? mudah-mudahan sihat walafiat hendaknya ye! setelah sekian lama projek mengarang buku ini terbengkalai, kini kembali beroperasi. yeahh!!! so, ape lagi.. teruja la cepat....cepat-cepat
oohhh! terharunya..mendapat sambutan ramai...yeehaaa!!



okeh. kat mana kita tadi.? oh ya! buku.. sambungan dari siri yang lepas. kini kembali dengan siri ke 2..
kisah seorang student dengan cikgunya part 2
PERINGATAN: SILA SEDIAKAN POP CORN BERSAMA AIR PEPSI SEBELUM MEMBACA KISAH INI. TERIMA KASIH!

haa baru la boleh mula baca


sesudah selesai memilih ajk menengah atas dan menengah bawah, maka bermulalah acara perbarisan kali pertama di tapak gelanggang badminton berhadapan makmal. ok, time tu semua ahli kadet memakai baju unit uniform masing-masing kecuali student itu seorang sahaja yang dengan slamba dekk nye pakai baju kurung sekolah. oleh disebabkan si penulis yang rimas nak taip perkataan "student itu" lagi, maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawasanya 'anis' merupakan pengganti kepada "student itu". so, there is no longer "student itu" dalam siri kali ini. kerjasama anda amatlah saya hargai, terima kasih.



ok. jadi disebabkan ketika itu, anis merupakan satu dalam sejuta atau dalam banyak-banyak lembu ada seekor kambing. lebih kurang macam tu la perumpamaan dia kan. so, dah sah-sah la nampak jelas sangat kan, dia seorang sahaja yang lain dari yang lain. in another word "pelik".oleh itu, anis pun disoal siasat la oleh cikgu tersebut. baik lah, sekali lagi, disebabkan kerimasan yang melanda si penulis, maka dengan ini berlakulah substitution mengenai the word "cikgu tersebut" change to "cik zaem" . segala kesulitan amatlah dikesali.




setelah itu, anis pun menerangkan lah dari a sampai z sekali gus memperkenalkan dirinya. cik zaem turut teruja lalu memperkenalkan dirinya juga. maka dengan itu, bermulalah titik permulaan antara anis dan cik zaem. cik zaem begitu gembira bertemu dengan anis. selepas beberapa minit mereka bersua kenal, pergerakan statik dalam perbarisan pun dimulakan. semua ahli termasuk anis melakukan pergerakan statik tersebut sambil diperhatikan oleh cik zaem. malangnya, cik zaem memarahi mereka kerana tidak melakukan pergerakan dengan betul. ketika itu, arahan menyuruh "buka barisan" tetapi ahli kadet melakukan dengan tidak bersemangat.



tanpa diesedari, cik zaem telah memuji anis di hadapan semua ahli kadet yang lain tentang cara anis "buka barisan". lalu, semua ahli kadet memandang terus ke arah anis. dan tanpa diduga, anis berasa sangat malu dan blushing gila. tapi untungla anis masih mampu untuk menahan reaksi di wajahnya ketika itu. cik zaem menyuruh mereka semua supaya mencontohi anis. bertambah malu dan blushinglah lagi si anis. itu membuatkan anis tak boleh melupakan peristiwa tersebut sampai dia mati.



seterusnya, cik zaem membawa anis ke salah satu platun yang telah dibahagi mengikut kumpulan. setiap platun yang merupakan junior tingkatan satu mempunyai kira-kira 10 orang ahli. anis disuruh cik zaem untuk memberi arahan kepada platun tersebut. bayangkanlah, anis yang baru sehari dua (in another word, freshy) dalam sekolah tersebut tiba-tiba diberi kepercayaan untuk menjadi ketua platun. confirm-confirm dia ketaq kaki. suara pun confirm tak keluaq punya. haeshh!! agak-agak la cik zaem ni pun. so, tak dapat la, melepasla peluang untuk menjadi ketua platun. lantas, anis cuma menjadi pelatih dan mengajar junior-junior tersebut.





sesudah beberapa minit berlatih dan melatih, mereka diberi rehat selama 15minit. maka time itulah cik zaem cuba untuk meneruskan sesi suai kenai bersama anis. anis yang sedang duduk keseorangan, tiba-tiba ditegur oleh cik zaem. yang anehnya, cik zaem membahasakan dirinya sebagai "saya" dan memanggil anis sebagai "awak". padahal, dengan pelajar lain dia membahasakan dirinya dengan "cikgu" or "aku" dan memanggil pelajar dengan "engkau" or "hang". pelik tapi benar!! bak kata certain orang pelik bin ajaib...ok, sambung balik. cik zaem menceritakan lebih lanjut tentang dirinya kepada anis.




ok, sebelum si penulis terlupa. ketika anis lagi keseorangan, datanglah sekumpulan junior-junior yang seingat saya baru tingkatan 3 dan 2, menyoal siasat anis tentang asal dari mana. lalu datang pula cik zaem yang menghalau mereka pergi main jauh-jauh. cik zaem berpesan kepada anis supaya memberitahunya jika anis diganggu, dikacau atau dibuli. anis hanya mengangguk sambil tersenyum. kemudian, barulah cik zaem meneruskan pengenalan dirinya. lalu cik zaem dan anis mulalah bersembang rancak. last but not least, cik zaem sempat berpesan kepada anis supaya sentiasa jumpa dan cerita kepadanya sekiranya anis ada masalah atau tidak berpuas hati tentang sesuatu. anis sekali lagi mengangguk sambil tersenyum manis.
to be continued..............

baiklah, rasanya setakat itu dahulu untuk siri kali ini ye...

s.e.k.i.a.n
Thank You Images


p/s: thanks for reading!
p/s: nantikanlah siri ke 3 ye..jangan lupe...
p/s/s: segalanya ada hikmah :)

Friday, December 9, 2011

a holiday in kuala lumpur

ok. seriously aku BOSAN gila nak mampuih sekarang!!!!

apa yang boleh aku buat pun :
-on9
-dengaq lagu
-tengok tv
-makan
-mandi
-tidoq
-on9 balek
-dengaq lagu yg sma
-tengok tv
-makan
-mandi
-tidoq balek

dah tak dak benda laen dah....tiap-tiap hari ulang benda yang sama....arrrggghhhh!!! tension siottt..

~the look of super stress

list yang aku nak buat time kat kl nii:
-pusing satu kl
-jalan-jalan kat the curve
-window shopping kat mid valley
-lepak kat mall mana-mana
-p umah abg li n kak shakirah
-nak main ngan aidid iman
-keluaq date ngan sapa-sapa
-keluaq umah n balek kui 3,4 pagi
-makan benda yang aku tak pernah jumpa
-kacau orang
-jumpa abg subway (ok, ni supposedly dduk kat list teratas skali tu)
-nak bli souvenirs kat family n frens
-nak p umah sapa-sapa
-nak p klcc
-nak guna elaun mara setngah
-nak p joli skan
-nak tngok rupa ict (perrakk sikit)..
-nak p ikea
-last but not least is jelajah satu kuala lumpoq ni

~the look of super excited

p/s: aku nak cepat balik taiping (home sweet home! )
p/s/s: aku nak keluaq ngan tuuutt*** p teng0k wayang (ombak rindu)
p/s/s/s: sblom balek taiping, aku nak jumpa abg subway for the last time... :)


Sunday, November 27, 2011

2 pelajar uitm maut

Keadaan kereta dinaiki Muhammad Hilmi Md. Yusoff dan Ain Nadia Baharuddin selepas bertembung dengan sebuah lori di Jalan Ipoh-Lumut, Ipoh, Perak, semalam.



sungguh menyayat hati kejadian ini berlaku dengan sekelip mata berhampiran tempat aku belajar kolej profesional mara seri iskandar (kpmsi). accident ini berlaku pada tanggal 26 November 2011 di jalan Lumut. mangsa dipercayai datang dari arah Ipoh ingin pulang ke kampus uitm seri iskandar, Ipoh. aku turut berasa sedih dan sebak kerana kejadian ini sangat dahsyat. kedua-dua mangsa baru berusia 21 tahun. masih muda. kemalangan tersebut berlaku kira-kira pukul 10.30 pagi, hari sabtu. ketika itu, mama dan ahli keluargaku yang lain dalam perjalanan untuk mengambil aku pulang dari kpm. aku turut rasa kehilangan dan terkilan kerana mangsa merupakan students seperti aku. aku terasa, dan imagine kalau aku berada ditempat mereka........sungguh  tak sanggup aku nak bayangkan!! pada kira-kira pukul 3 ptg semasa ondaway pulang ke rumah, kerja-kerja pembersihan dan pembaikan masih dilakukan. akibatnya, jammed terokkkk!!

nak tahu lebih lanjut...............sila lawati disini!!

p/s: memandulah dengan berhati-hati di jalan raya
p/s/s: janganlah memandu dengan laju
p/s/s/s: ingatlah orang yang tersayang!!

Sunday, June 19, 2011

abah ! you're the best i ever had

assalamualaikum..

sempena hari father's day ni aku ingin flashback kenangan manis dan pahit dengan abah

  • aku teringin nak dengar suara abah yang macho tu.
  • aku teringin nak tatap raut wajah abah yang hensem yang bagi aku paling hensem dlm dunia ni yang tiada siapa yang boleh setanding dengan kehenseman abah, satu2nya abah aku. only him. tp, skrg hanya dlm gambar shj yg mampu aku tatap sepuas-puasnya. 
Seems like it was yesterday When I saw your face You told me how proud you were, But I walked away If only I knew what I know today 
  • aku teringin nak peluk abah time naik moto sebab aku tak penah peluk pun dulu 
  • aku teringin nak cium pipi abah padan muka aku dulu time ada aku malu lah segan lah  konon dah besar
ok. berangan la aku nak cium abah time kawen oneday. memang impossible lah. 

  • aku rindu nak kena marah, kena cubit, kena sebat dengan besi panas (ok yg ni aku tipu)..lalalala
  • aku rindu nak pijak belakang abah bila abah lenguh2 satu badan. tp kalau aku pijak time umur aku macam ni, memang tak bangun dah abah. 
Sometimes I wanna call you
But I know you won't be there 


  • aku rindu nak main magic2 dengan abah. like seriously bukan magic yang kita masuk dalam kotak tu, then orang cucuk dengan pedang dari luar kotak macam ni  


magic!!
hahaha! iklan sebentar tadi. ok, kat mana kita? oh ya! magic!! ok. abah selalu main sorok2 duit syiling 20 sen.  tiba2 hilang. aku pun percaya la bulat2 then abah suruh aku cari. rupa2nya kat poket seluar. haha! ni magik zaman aku bodo  kanak2 ribena dulu. sekarang pun kanak2 jugak. cuma kanak2 tua yang terlebih minum ayaq ribena. haha

  • aku rindu nak naik keta ngan abah. satu2 nya yang setia menemani abah disaat yang lain semua lentok dalam keta adalah aku. ye aku. proud! kalau la abah maseh ade. nak jerit sat. adik dahh adaa lesennn!! lesen apa? takkan lesen lori kot. driving la. walaupun kantoi tiga kali lebih daripada sekali dengan abg2 & pakcik JPJ. haha! like seriously ade org kantoi sampai tujuh kali tau. serious, pakcik JPJ yg cakap.!! so, aku kire better la kan. tp, kalau la abah dapat tengok aku drive. mesti best!!
  • last but not least, aku rindu nak salam  n cium tangan abah. 


..yang pergi tetap pergi tak kembali lagi..

p/s: hargailah insan yang bergelar ayah/abah/papa/daddy/babah/walid/dedi/bokap/dad/abunni selagi beliau masih ada di muka bumi ini.
p/s/s: If I had just one more day 
I would tell you how much that I've missed you 
Since you've been away 

p/s/s: segalanya ada hikmah :)

Friday, May 27, 2011

rapuh

detik waktu terus berjalan
berhias gelap dan terang
suka dan duka tangis dan tawa
tergores bagai lukisan

seribu mimpi berjuta sepi
hadir bagai teman sejati
di antara lelahnya jiwa
dalam resah dan air mata
kupersembahkan kepadaMu
yang terindah dalam hidup

meski ku rapuh dalam langkah
kadang tak setia kepadaMu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padaMu

maafkanlah bila hati
tak sempurna mencintaiMu
dalam dadaku harap hanya
diriMu yang bertahta

detik waktu terus berlalu
semua berakhir padaMu

p/s: aku rapuh
p/s: segalanya ku berserah padaMu

Thursday, February 24, 2011

kisah seorang student dengan cekgunya yg terbaek


AMARAN!! kisah neh tiade kna mngena dgn yg mati atau yg mseh hid0p..ini hnye larh rkaan smata-mata..



bg aku, aku kcian bngat tg0k plajar neh..aku xsngg0p tg0k dyer cm neh..aku tdak tegak mlihat keadaan dyer sbegitu rupe..

kali prtama plajr neh ms0k skola tu..mcm2 prasaan yg trsemat d jiwanya..bercamp0r- ba0r pasaan dyer..tak0wt ade,gmentar ade, glabah ade, gubra ade, panik sme, malu n sgan p0wn turut wjud..plajr itu sntiase sdeyh & ingin skali pulang ke skola lmenya..tp, smua itu suda trlmbat..walu bgaimna skali p0wn, die harus mnruskn pmblajarannyer d skola bru itu..

haa, yg neh mrupakan kali prtma plajar itu brjmpa dgn cekgu trseb0t..cekgu trsb0t mmsuki klas pljr itu krana prlu relief seorg cekgu yg tdk dpt hadir oleh sbb2 trtntu..cekgu yg x dpt hadir itu tlah mninggalkan latihan utk dsiapkan..aku mseh ingt, ktika itu, cekgu trsb0t mmesan kpd pljar2 d dlm klass trms0k lah plajar itu supaya tdak lupe utk mnulis nme bpa msing2..pljar itu se0rg sahaje yg xde bnyk krenah..awl2 lg dyer suda tulis nme bapanyer..seingat aku, cekgu itu smpat mmbca nme pnuh plajar itu brsma bapanya..

kali kdua pljar itu brtamu dgn  cekgu trsb0t adelah swaktu plajar itu trslah ms0k mkmal..time tu, ade prjumpaan kdet p0lis iaitu undian ajk(ahli jwtn kuase) oleh ahli2 kadet..yg sbtulnyer pljar itu dberi 2 plihan sma ade pteri islam or kdet p0lis..kalu nk diik0wtkn ati, dua2 dyer reject..sbb dyer suda pnat dgn kdt p0lis skola lmenyer..hrpn nyer ingn tdak aktif dlm mner2 kgiatan p0wn..tp, apekn dya..dyer tdk mmpu utk mereject..akhirnyer pljar itu mmilih pteri islam lalu tr0s mngisi b0rng..dsbbkn suda trlmbat, plajar itu mule rse tak0wt dn trus prgi ke tmpt prjumpaan bdn unif0rm msing2..

arrh! skrang plajar itu mula runsing krana dyer brade d tgh2 antare pteri islam, st j0hn n kdt p0lis..kalu dyer tr0s dyer bkal mnjd ahli pteri islm..if she turn right, she might be st j0hn's..malah, jika dyer ke kiri dyer akn mnjd ahli kdt p0lis yg sah..kcian dyer..srabut otk mmikirknnyer..yg mner stu plihan dyer??akhirnya plajar itu mmilih utk belok ke kiri..dan tup2 dh mnjd ahli kdt p0lis yg sah..s0, dyer ms0k kp neh hnye larh secare kbetulan larh..ish3..

sudah la ms0k slah tmpat..hampeh! trpakse larh pljr itu duduk brsame juni0r2nyer yg bru f0m 1 n 2.. tp, xpela..pljar itu p0wn seakan2 f0m 1..xnmpak cm snior lgsung..bygkn juni0r2nyer pggil dyer adik..hahha! kasihan sungg0h..plajar itu trpkse mnayangkn snyuman pakse nyer..
skali lg, tdak ku sgka, trjumpe lg dgn cekgu tu..swktu itu mreka mseh bl0m mngnali dri msing2..cekgu itu dgn slamber nyer mnyur0h pljar trsb0t mngmbil krusi & amik tmpat msing2..plajar itu yg mseh blur & tdak ktahuan mmatuhi arahan trsb0t..duduk brsblahan dgn juni0r2nya..stelah itu, undian p0wn diadili & smpurna lah jwatan2 k0song kdet polis..yeaaahh!!

ck0p larh dlu yerk..da lebam tgn neh..
skian sahaje dr aku~

t0 be c0ntinue.......???

kepada encik perut


perut, 


jgn la mcm ni..sikit2 buat prangai..skit2 buat prangai..
jgn la nk mrajok xtntu psal..kalu ye p0wn btenangla dlu..
heeeeshh, tam0w la cam ni..kau buat prangai, aku yg jd
mgsa ta0..xksian ker kat aku..ksian la kt aku sma..
sdeyh tau x, kau buat aku mcm ni..4give me, pleazee..

perut..
kau klaparan?? sudah aku isikan..
kau kekenyangan? sudah juga aku kluarkan..
kau mau kan ssuatu? sudah aku tunaikan..seperti
kntang g0reng yg seakan akan p0tat0 wedges kt KFC tu..
sudah aku blikan di kantin td..ape lagii???
kau maukan squiggles?? aku bli juga tadi dik0perasi..
bru sbentar shj aku ms0kkan squiggles ke dlm kau..
maseh x puas lagi??? tamak btol..
ha, kau mngidam kpala ikan kan??sudah mak aku buatkn
khas utk kau se0rg..smua hasrat kau tlah aku tunaikan..
knape kau mseh brdgil?? kau x sihat ker?? kau demam??
nk aku blikan ubat?? racun serangga mmg ssuai skali utk kau..
ok tak.??? ker kau nk aku suapkn clorox?? itu lg cpt smbuh..


fuuh! syuk0r aku..kau dah maafkn aku..
kau dah xmrahkn aku..kau xmrajok lg..
kau pasti dah smbuh...yah000..!! hepy nyer aku..
inilah yg dktakn shati sjiwa..
kau sdeyh, aku sakit..
kau gumbira, aku sukaria..
yepiii.......


terima kasih perut..!
!

Tuesday, February 22, 2011

iniyangakubarusajaupdate~

assalamualaikum

tahukah anda telefon bimbit juga mempunyai perasaan? bak kata orang melayu yg prasan omputeh, 'ade feeling'..so, cubalah amati situasi ini :
cik A memiliki sebuah telefon bimbit yang boleh dikatakan canggih la jugak kerana dapat sms si boyfren, bergambar bersama si boyfren, mendengar lagu kesukaan si boyfren dan paling tak bole blah ialah mendengar suara si boyfren apabila sudah lama tidak bersua muka walaupun sehari. malah, cik A sangat bersyukur kerana memiliki telefon bimbit yang serba guna itu. ALHAMDULILLAH. cik A amat menyayangi dan mencintai telefon bimbit yang telah dihadiahi oleh si boyfren ketika ulang tahun hari jadinya yang ke-20. oleh sebab terlalu sayang, lantas cik A memberi nama 'baby' kepada telefon bimbit itu. baby sentiasa berada di samping cik A walau dimana jua cik A berada. setiap hari baby dibawa tidur bersama cik A. justeru itu, cik A sentiasa menjaga dan membelai baby.semakin hari, hubungan cik A dan baby menjadi semakin intim. nak dipendekkan cerita, suatu hari ketika cik A sedang jalan-jlan dengan si boyfren di 'low yat' (xsilap aku macam tu kot ejaannya).............
cik A : b, cantikla fon ni. i suke sangat. (sambil menarik tangan boyfrennya ke sebuah kedai telefon bimbit)..
si boyfren : ( sambil mengeluh) hm, cantik syg. u nak ke? (lantas berkata di dlm hati, pokai la aku mcm ni)..
cik A : (tanpa rasa segan dan silunya) nak, nak. i dah lama nak sgt pakai fon ni. i teringin la.(sambil membelek-belek sebuah telefon bimbit yg harganya mencecah kira-kira Rm1000)
si boyfren : (dengan senyuman yg tak brpa nk ikhlas) ok, i blikan. (seraya mengomplen di dalam hati, aku dah agak dah)..
cik A : tenkiu b. saaayaaang b. i luv u b. (sambil memberi ciuman hangat di pipi si boyfren)..

ketika itu, baby juga turut serta bersama mereka berdua tetapi baby tidak dipeduikan dan hanya diletakkan di dalam begtangan cik A yang juga disandang  oleh  si boyfren...

si boyfren : tapi bukan sekarang, minggu depan eh syg. gaji i tak masuk lagi.i jnji, i blikan k.jum balik.
cik A : what? mggu dpan? smpai ati u, b. ok, tak pe. u dh jnji nk bli kat i kn.so, tak  kesah la.(seraya di dalam hati, menyesal aku bagi ciuman hangat tadi..free-free je die dpt)..

p/s: sblom aku terlupa, hrga baby cuma Rm3ratus lebihh...

keesokan harinya, cik A cuba menelefon si boyfren untuk bertanya khabar. yelah, rindu la katakan. alah, macam lirik lgu yang  "sehari ku rasa bagaikan setahun" tu. haa, ibarat cam tu la.alangkah terkejutnya, tiba-tiba baby 'hang'.bukan 'hang' yg org blah utara duk pnggil tu, ni bhsa omputeh. bukan 'hanger', kire cam 'jam' la, senang cite 'stuck', dah tu, off terus. langsung tak bole on dah. ape lagi, panic ah si cik A ni. seingat aku, time cik A otw nk kol si boyfren die tu, die ade la sbut-sbut psal fon yang die nk bli tempoh hari. dialog die lbih kurang cam ni ar "huih, tak sabarnya aku nk dpt fon baru. hee, besnye".. lantas, baby pun otomatik pengsan(off).

p/s: sat, sat..sblom tu aku si penulis nak kata 'padan muka hang' (yg ni bru dialek org utara)..
p/s: aku rasa, baby merajuk la. kesian baby. tergamak cik A permainkan perasaan baby.
p/s: ape-ape pun, ade hikmah...


p/s/s: kepada si sepupuku yang namanya aku rasa tak perlu kot aku mention kat sini, aku dah update blog.
sekian. 

Saturday, January 8, 2011

you're my only one~



nothing. i want nothing but you.. i want you... you're my everything....  

please don't leave me.. i beg you.. i really need you..don't you get it... you're my only one..
 
this is not a lie.. seriously sarangheyo.. you're my all... i can't live without you..please!! did you ever know that you are belong with me? have you ever heard about true love? do you know how much i miss you? do you know how much i care about you? did you ever cared about me? my life? my sadness? my feeling? my friends? did you?


sweet heart, i love you.. please accept this.......... ....this is exactly for you... 

you're the one who keep shouting at me..always scold me.. and for sure, most of the time, we're not getting nicer for each other..we're just not like other sibling.. we'll fighting and quarelling all day long.. that is what we had been doing every single day...right?

but, honestly... deeply in my heart.. i really love you and trying my hard to obey you.. and try to not talk back when you scold me.. this i promise you!! 

maaf, foto terpaksa di delete atas sebab peribadi* 
p/s : cerita di atas adalah sekadar suka-suka tak de keja drama skali skala
p/s : ape-ape pun, ade hikmah
sekian

orang korea cakap ngan aku!!! hangpa caya dak?...

aneyongseyo!
kansahamida! 
aja aja!
tak dapat aku gambarkan betapa riang ria raya nya aku semalam..aku pi tesco..ok, mungkin hampa nak kata yang aku tah hapa-hapa.. pasai pi tesco pown aku nak tulis dalam blog ni..ternyata hampa semua silap besaq la..saat yang tak akan buleh aku lupakan seumoq idopku..nak tau apa dia? aku jumpak orang korea, habaq hang..OMG! bukan itu ja, orang korea tu cakap ngan akuuu..wahhh!! sampai sekarang aku duk angau tak abih g..setelah dikaji balik, tak dak la cakap apa pon..dia cuma tanya aku kat mana nak dapatkan beer ja..tu pun dia kata cam ni.. {beer..beer..sambil mengangkat tangan menunjukkan isyarat minum..minum..}aku plak tanpa disedari turut mengangkat tangan menunjuk arah dimana beer ditempatkan..pada mulanya, aku langsong tak paham apa yang apek ni duk merepek depan aku..tapi, lepas dia tunjuk isyarat tersebut..baru aku mengerti..mereka plak seperti satu rombongan nak meminang anak dara orang..lepas saja aku tunjuk arah, terus depa serbu kat tempat beer..punya la macam "rusa masuk kampung"..peqak sikit..nak ikotkan ati, nak je aku soh pak cik tu kim salam kat girls generation, super junior, kara, 4minute, cn blue, ft island..haa, aku sempat cakap "aneyongseyo"..tapi, dah terlambat..mungkin depa dah tak dengaq kowt..

Thursday, January 6, 2011

aku sudah meminati anime?

gomenasai..!!

ashiteru..!!

oneechan..!!

tiba-tiba aku minat anime...alaa, yang katun jepun tu...biase laa..buleh dikatakan majoriti tak caya aku minat anime... dan antara yang tergolong dalam majoriti tu allie dan chika bear..  gamba di atas merupakan salah satu katun anime iaitu fruit basket..

actually, katun ni aku dah penah tengok dah dulu... time tu aku tak dak prasaan g... so, aku tengok cam orang tak dak prasaan lah.. (bak kata allie  ).. pastu, sekarang ni... sejak dua tiga menjak ni, aku asyik pasang katun ni ja.. aku pun tak tau pasaipa.. mungkin aku dah ada prasaan kot...that's why la aku kata aku dah minat anime.. huuuuhh!  


t

kembang perawan~

Ketika surya menampakkan cahayanya
Ku gapai hari terangku
Menanti sebuah cerita
Yang pasti akan terjadi di diriku
Kini ku mulai mengerti artinya cinta
Walau senda tawa
Namun hatiku mulai merasa
Bila dekat lelaki aku pun maluĆ¢€¦
Akulah kembang perawan
ingin mulai merasa
Perasaan yang pasti
milik semua insan
Aku mulai jatuh cinta
< Papa biarlah aku
menikmati semua anugerah
di hidupkuĆ¢€¦



6 orang yang mendapat doa para malaikat~

Allah SWT berfirman, “Sebenarnya (malaikat-malaikat itu) adalah hamba-hamba yang dimuliakan, mereka tidak mendahului-Nya dengan perkataan dan mereka mengerjakan perintah-perintah-Nya. Allah mengetahui segala sesuatu yang di hadapan mereka dan yang di belakang mereka, dan mereka tidak memberikan syafa’at melainkan kepada orang – orang yang diredhai Allah, dan mereka selalu berhati-hati kerana takut kepada-Nya” *(QS Al Anbiyaa’ 26-28) Berikut adalah senarai orang-orang yang mendapat doa oleh para malaikat:

1. ORANG YANG TIDUR DALAM KEADAAN BERSUCI.

Imam Ibnu Hibban meriwayatkan dari Abdullah bin Umar ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Barangsiapa yang tidur dalam keadaan suci, maka malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun hingga malaikat berdoa ‘Ya Allah, ampunilah hambamu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci‘” *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/37)

2. ORANG YANG MENUNGGU SOLAT.

Imam Muslim meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Tidaklah salah seorang di antara kamu yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali para malaikat akan mendoakannya ‘Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah sayangilah ia” * (Sahih Muslim no. 469)

3. ORANG YANG BERADA DI SAF HADAPAN KETIKA SOLAT.

Imam Abu Dawud dan Ibnu Khuzaimah dari Barra’ bin ‘Azib ra., bahawa Rasulullah SAW telah bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat-Nya berselawat kepada orang-orang yang berada pada saf-saf terhadapan” *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih Sunan Abi Dawud I/130)

4. ORANG YANG MENYAMBUNG SAF

(tidak membiarkan kekosongan di dalam saf). Para Imam iaitu Ahmad, Ibnu Majah, Ibnu Khuzaimah, Ibnu Hibban dan Al Hakim meriwayatkan dari Aisyah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Sesungguhnya Allah dan para malaikat selalu berselawat kepada orang-orang yang menyambung saf-saf” *(Hadith ini disahihkan oleh Syaikh Al Albani dalam Sahih At Targhib wat Tarhib I/272)

5. KETIKA SEORANG IMAM SELESAI MEMBACA AL FATIHAH.

Imam Bukhari meriwayatkan dari Abu Hurairah ra., bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Jika seorang Imam membaca ‘ghairil maghdhuubi ‘alaihim waladh dhaalinn’, maka ucapkanlah oleh kalian ‘aamiin’, kerana barangsiapa ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, maka ia akan diampuni dosanya yang lalu” *(Sahih Bukhari no. 782)

6. ORANG YANG DUDUK DI TEMPAT SOLATNYA SETELAH MELAKUKAN SOLAT.

Imam Ahmad meriwayatkan dari Abu Hurairah, bahawa Rasulullah SAW bersabda, “Para malaikat akan selalu berselawat kepada salah satu di antara kalian selama ia ada di tempat solat di mana ia melakukan solat, selama ia belum batal wudhu’nya, (para malaikat) berkata, ‘Ya Allah ampunilah dan sayangilah ia‘” *(Al Musnad no. 8106, Syaikh Ahmad Syakir mensahihkan hadith ini)

alhamdulillah~

ALHAMDULILLAH….
aku tengah dok bersiap nak pi skolah…nk jawab kertas math, addmath, dan akaun…tapi, yang aku peliks nya, apasal tetiba ja aku pakai baju jalan…sedangkan aku nak pi buat SPM.. gila ka apa..!! aku takot aku gentar…sebab aku haram satu buku pown tak baca…menggigil la aku..apa ag…
 haa, mcam ni la tudung aku…dengan kaler pink pekatnya…seram
aku pown tanya la puan mama …… “ma, jum balik umah sat nk amik baju skolah adek” kata aku. “laaa, nak buat apa. ari ni kan cuti. pakai ja la baju tu.” jawab puan mama. “aik, bukan ke adek nak pi buat spm ni?” sampuk aku lagi. aku kekonfiusan dan kekeliruan…

yang aku anehnya…setahu aku…dah lama aku habis spm..asal plak tiba-tiba ja aku bersiap nak pi jawab kertas spm…tak bole jadi ni…
dalam prjalanan bak kata omputeh “on da way” nak pi skolah…tup-tup, aku sedaq dari tidoq …laaa, aku mimpi ka..!! cehh, buat saspen ja.. headset yg dari smalaman aku tarok kat dlm telinga untuk dengaq lagu pun dah tertanggal…buas sgt agaknya aku tidoq..adoii..
 sblom aku lupa…kucing aku tidoq skali…dengan aku..atas katil
aku tengok jam kat handset…pukoi 6.55 a.m.
tanpa sambung balik tidoq, aku teroih pi masok bilik mandi “bak kata ongkedah bilik ayiaq” …aku pun tak tau paseipa depa cakap lagu tu…cepat2 aku basoh muka, gosok gigi (rekaan semata-mata) …hipokrit sikit..skali skala…pastu, aku pown amik Wuduk( ataupun lebih dikenali dengan air semayang) ..


sesudah itu, aku masok bilik madam opah…membentangkan sajadah..menyarongkan telekung di bhagian atas dan kain di bawah..tengok jam dah pukol 7.00 am..
tanpa membuang waktu, aku menunaikan solat subuh dengan penuh rasa syukur…
ALHAMDULILLAH…. ade hikmah di sebalik mimpi tu..
s.e.k.i.a.n

kyn~

saya tak tau la pasaipa saya nak tulis tentang awak..bagi awak saya cuma kawan kepada kawan awak mungkin.. tapi, saya tetap anggap awak sebagai kawan..awak tak perlu la nak pkiaq pelik plak saya tulis tentang awak ni..

jelaslah, dulu saya hanya kenal awak sebagai teeytoo.. dan seriusly saya tak tau maksudnya.. maybe tatoo or kutu ..so, just forget it.. saya tulis ni pun sebab peristiwa tersebut.. peristiwa?? yes, peristiwa ketika dalam aloq staq mall..time tu saya, puan mama, chika bear, montero, kak ah, kak mal, Mr chiaqi, and che mat pi sana sebab ada tujuan..kami nak tengok
macam pa hagi.. laen yg  aku nak tengok laen yang ada..boleh dikatakan ni kali kedua aku gagal untuk menonton filem ni..aqi tu kat typenk sentral..punya la tak leh duk diam tak sabaq-sabaq nak jumpak antu kak limah ni.. last-last abang tiket cakap ( kat sini kami tak tayang filem ni, harap maaf ).. wtf!! last-last, ceqita ni jugak yang aku tengok..  bak kata gades di atas (ceqita muhong) ..
memang muhong pown..ada ka patot

  • orang boleh masok dalam lukisan hat duk gantung kat dinding
  • ayaq dalam lukisan boleh tekeluaq abih banjiaq satu bilik
  • daqipada duk elok dalam bilik tiba2 buleh timbui kat tengah2 lautan luas kat narnia la konon
  • tikuih ngan minatang pa tah hat ada tanduk tu, buleh cakap
  • singa hat nama aslan tu tak makan orang [ajaib]
  • paling aku tak tahan, budak buleh betukaq jadi naga [heqan sunggoh]
  • haa, hat besh nya, aku rasa cam aku ada dalam cita tu[ku la heroin]..haha
  • aku sampai buleh pgang bunga2 dan salji dlm cita tu..
  • maybe sbab aku pkai spek besaq tu kowt..
  • tu la hat oqang duk kata [3D] tu kowt..
  • besa la aku peqak sikit..
okeyh, cukop! sambung pasai kak limah..jadi pisang berbuah dua kali.. tapi aku tak rasa dua kali.. kali ketiga aku pi pown tak buleh gak nak tengok kak limah tu..haeshh! awat la dugaan sangat ni..tapi tak pa aku qedha.. so, terpaksalah aku dan seluqoh pnumpang proton exora ni tengok ceqita………………janin.. mintak ampun la naa.. gambaq janin tak keluaq g..so, tak leh la aku tayang kat sini..ceqita tu siyes cam lensai g.. tau ka lensai tu pa?? kalu ampa da kawan ngan amoi ka apek ka.. haa, ampa tanya la lepa..lepa sure tau nya..
cissy, wth aku meqepeks ni.. tu la, makan qepeks byk2 g.. hesh!
cukup! balek kepada kyn.. nama sebenaqnya adalah ummu sakinah binti fais.. orang pnggil dia kyn.. tp, aku penggal dia ummu..aku tak tau pasaipa..tapi aku suka panggil dia ummu..so, aku nya pasai la..dia ni umoq baqu 18 taon sama la ngan aku..tapi kesian kat dia..dia pown kena pi plkn gak sama cam nadya..tapi, it’s okay..nevermind2..ampa 2 adalah salah satu di antara berjuta ribu ratus budak yang telah terpilih..ampa seharusnya [thankfull]..


okeyh, seriusly time aku jumpak ang kat loqstaq mall aqi tu.. aku rasa cam nak jeqit kuat2 yang aku nanmpak ummu sakinah binti fais.. betoi ni ak tak tipu..tahukah anda, bahawa saya rasa sunggoh bahgia sekali ketika kita bersua..? tahukah anda saya ingin sekali berjumpa ngan anda..? tahukah anda bahawa saya tidak lesbian..? tahukah anda saya ingin sekali bersembang ngan anda daqi petang tu sampai la ke malam pukoi 12 mungkin.? tapi, semua itu musnah punah hancur bekecai harapan ku.. ang seperti nak elakkan diqi daqi ku.. aku tak paham!! sangat aku tidak paham… kenapa? mengapa? apakah?

nampak dak ni? ni la ummu sakinah binti fais..dia cantek kann? dia gorgeos kann? dia pretty kan? dia comei kann? dia hebat kann? aku suka style dia gaya dia muka dia peqangai dia.. ni pown aku tak tipu k..ummu, tahukah anda, saya amat kagumi anda sangat..? kamu lah sumber inspirasi saya..kamu lah yang terhebat..kamu lah…………..saya betul kagumi kamu.. dulu kamu free hair kini kamu bertudung..menutup aurat..bagi saya kamu yang sekarang lebih anggun dan jelita dari kamu yang dulu..percayalah! eh, jiwang plakk la aku ni..haha! ya, one more.. ang tau dak, aku jugak merupakan salah sorang followers ang..siap hapai g blog ang [crazykyn.blogspot.com].. haa, dahsyat dak aku..?? every single day, tak sah kalu aku tak bukak blog ang…ni pown betoi..aku tak tipu..