Sunday, December 18, 2011

minat remaja perempuan zaman sekarang?

assalamualaikum...

tak jawab dosa. kalau jawab dapat pahala. ok, ekceli aku bukan nak cakap pasal dosa pahala. aku cuma nak kongsikan minat remaja zaman sekarang. lebih-lebih lagi remaja perempuan. omputeh cakap "sharing is caring". betoi kah? kalau nak cakap minat saje, memang macam-macam jenis minat la depa ni. ok, termasuk aku. helloooo!! i'm still 8teen ok.. highlight sikit perkataan teen tu sat. haa, jelas sikit. ok, balik kepada perbincangan kita pada hari ini. minat. yaa! pelbagai jenis minat dari segi baju, kasut, mekap, tudung [shawl], handphone, laptop, beg, aksesori, barang kemas dan banyak lagi lah. ok, let's start with the first one :-

rantai burung hantu *owl*

ok, rantai ni memang femes dah sekarang. lagi-lagi di kalangan wanita remaja. tidak kira yang bertudung mahupun yang free hair, sama rata sahaja. ini bukanlah kutukan atau kritikan hebat dari saya. jangan salah faham ya. saya sendiri tuan empunya badan pun meminati *minatang* ni. dalam sebutan sopan sikit *benda alah* ni. aha! tapi tidak dinafikan memang *kiutmiut* lah hantu ni. opss!! bukan hantu. tersasul plak. burung hantu. huhu! ekceli, rantai burung hantu ni berasal dari Korea. memandangkan orang kita makin hari makin hanyut atau layan dengan lagu-lagu k-pop, oleh itu tercipta lah pula seutas rantai yang turut dihasilkan dari korea. sekali pandang di bahagian kepala sahaja nampak seperti seakan-akan kucing! tidakkah anda juga bersependapat dengan saya??..oh, by the way, saya terjumpa seutas rantai burung hantu yang sangat comel dan limited edition baru-baru ini di taiping sentral. it's cost RM19.90sen. quite expensive ekceli. but i still going to buy it. for sure. *excited*.. 

pashmina *shawl*

seterusnya, pashmina. ok, sebut je *pashmina* semua orang tau semua orang kenal kan. even kalau tanya budak 1tahun pun depa pandai sebut paaaasshhmiiiinaaa!! panjang tu. 6harakat. aha! kalau sebut ja pashmina mesti hangpa duk imagine *tudung yang berbelit-belit tu* kann. macam-macam stail lah sekarang ni. ni aku baru cakap pasal pashmina. belum cerita yang jenis lain lagi. syria lah, waheeda lah, banyakk kott. tapi setakat ni, jenih ni la aku minat sangattt!! huhu! pashmina pulak, bukan satu jenih ja. ada macam-macam jenih. memang berjenih betoi. memang mula-mula bila aku tengok orang pakai pashmina, bukan main sakan lagi aku duk kutukk habis-habisan. aku pertikaikan. "eee, tak rimas ka hangpa duk pakai ni? dah la berbelit-belit. tak panas ka? " laa ni, kena diri aku balik. punggahh! dan aku amat pasti bahawa, terdapat segelintir yang berfikiran seperti aku yang masih mempertikaikan pasal *pashmina*. titik!


kasut *wedges*

next, *wedges*. ok, bukan cheesy wedges atau apa. ini adalah kasut yang dikenali dengan panggilan wedges. sangat femes juga zaman sekarang terutama di kalangan remaja perempuan, baik yang free hair mahupun yang bertudung. kedua-duanya sering memakai benda alah ni ketika keluar lepak-lepak atau shopping mahupun dating bersama teman-teman sejati serta teman- teman lelaki. muahaha! ok, ekceli aku pun minat *minatang* ni. sangattt minat sebenarnya. tapi, aku jarang pakai kerana takut menjadi terlalu tinggi apabila disamping rakan-rakanku. like seriously, bukanlah aku nak perasan tinggi ke hapa. tapi memang aku tinggi lagi dari kawan-kawan aku. nak buat macam mana. bukan salah aku pun. not my fault!!  

gelang *bangles*

ini merupakan bangles atau aku panggil gelang ja. sangat sweet apabila digayakan dengan blouse, t-shirt, cardigen, dan banyak lagi. senang dipakai serta mudah ditanggalkan. juga femes di kalangan perempuan remaja kini. dan yang latest adalah seperti ini
gelang *bangles bukak tutup*

haa, yang ni lagi best. kalau nak pakai terus bukak pastu masukkan kat pergelangan tangan then *bangles bukak tutup* ni akan otomatik cengkam tangan kita. tak payah nak susah-susah nak sarung kot jari kemudian tolak ke pergelangan tangan. mudah kann? orang indon kata "gampang banget" aha! ni kalau dengaq kat opah aku ni gerenti hinggap sebijik penampar kat muka aku ni. haha! yela. kalau kat sini perkataan *gampang* ni dh dikira mencarut tau. like seriously orang yang baca blog aku pun bukannya orang indon. orang malaysia jugakk. so, konfem depa tau perkataan tu kann. ok, aku tak mau membebel lagi dah. cukup dulu la kot entry kali ni. sehingga berjumpa lagi di lain hari dan waktu yang sama. amboih! dah macam pengacara melodi plak. ekeke! kurangkan kontroversi, tingkatkan pretasi.. peace yaw!

p/s: segala yang berlaku pasti ada hikmah :)

No comments: