Monday, December 19, 2011

ku t'lah jatuh cinta.. lol !

assalamualaikum...

untuk pertama kalinya ku tlah jatuh cinta dengan sebuah novel yang bertajuk kau laksana bulan. like seriously, aku memang tak minat langsung lah bab membaca novel-novel cinta, jiwang-jiwang karat nih. memang aku ni ekceli tak macam remaja perempuan yang lain. jauh sekali bagi aku untuk membaca kisah-kisah cinta ini. mungkin kerana ketika itu, aku masih belum matang lagi kot. so, i guess that's the reason!


ok, ni lah rupa cover depan novel kau laksana bulan. yela, aku bagitau pasaipa ku tlah jatuh cinta dengan novel ni. ekceli, salah satu sebabnya adalah bopren aku berlakon dalam drama ni. ok, let me introduce you with all the character in this story. the heroin of this story is Adrianna [ayu raudhah] who was fall in love with Razif [ashraf muslim]. they have been together for so long until oneday, Adrianna had been told that her lover, Razif was gone. he died in a tragic accident. Adrianna was so sad and yet she can not accept the fact that Razif had died. after that, Adrianna had no longer has a heart or feeling to any guy. her door heart *pintu hati* has been closed.     

ekceli aku dah terpesong sikit. cinta pertama dia Syafik [fizo omar] namun putus untuk seketika. lepas tu, baru Adrianna jumpa dengan Razif, kira cinta kedua la. huhu! maafkan saya disebabkan kesilapan teknikal sebentar tadi ya. ^-^ tu la, gatai sangat nak berspeaking. kan dah celaru. dah tau english education ke laut! huh! *cakap sorang-sorang* ok, sambung balik. kat mana kita tadi. oh ya! setelah pemergian Razif, tiba-tiba muncul pula Syafik yang kini memburu kembali cinta Adrianna.

suatu hari, dalam tren, ketika Adrianna ingin pulang ke rumah, muncul pula seorang jejaka misteri yang telah menegur Adrianna dengan cara yang baik. ok, sebelum aku terlupa, Adrianna merupakan penulis novel sambil belajar sarjana muda tak silap aku. so, bila dia jumpa mamat misteri ni, dia pun kebetulan tengah cari hero untuk novel dia. memang pilihan yang tepat lah untuk jadikan mamat misteri ni hero dalam novel dia. dia pun, masa nak update novel tu, berfikirlah nama yang sesuai kepada watak mamat tu. fikir punya fikir. last-last dia dapat satu nama *Firas*.. secara tidak langsung nama tu terlintas di benak fikiran Adrianna.

keesokan harinya, seperti biasa, Adrianna diganggu oleh jejaka misteri itu lagi. kali ini perbualan menjadi semakin rancak. lantas mereka pun berkenalan. tapi mulanya, jejaka tersebut yang mula bertanyakan nama Adrianna. setelah Adrianna memperkenalkan dirinya sebagai "Adrianna", dia menanya kembali nama mamat tersebut. pada mulanya, mamat itu menyuruh Adrianna meneka namanya. tapi, semakin lama Adrianna semakin rasa marah lalu meletakkan panggilan "mamat" untuk si jejaka tersebut.

setelah melihatkan keadaan Adrianna yang semakin marah, lantas jejaka tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Firas............................Firas Ali [zul huzaimy]..dengan serta merta Adrianna terpaku serta kaget!

t.h.e.e.n.d

p/s: ekceli bopren aku yang pegang watak *Firas Ali* tu. ehehe
p/s/s: tak sabar-sabar aku nak tau kisah selanjutnya. nak pi bli buku ni ASAP!
p/s: aku baru tau ada cerita yang best macam ni. like seriously, nampak sangat aku ketinggalan kannn! AAK! lol :D

No comments: