Saturday, December 10, 2011

kisah seorang student dengan cikgunya part 2

Assalamualaikum..apa khabar kepada semua bloggers di luar sana? mudah-mudahan sihat walafiat hendaknya ye! setelah sekian lama projek mengarang buku ini terbengkalai, kini kembali beroperasi. yeahh!!! so, ape lagi.. teruja la cepat....cepat-cepat
oohhh! terharunya..mendapat sambutan ramai...yeehaaa!!



okeh. kat mana kita tadi.? oh ya! buku.. sambungan dari siri yang lepas. kini kembali dengan siri ke 2..
kisah seorang student dengan cikgunya part 2
PERINGATAN: SILA SEDIAKAN POP CORN BERSAMA AIR PEPSI SEBELUM MEMBACA KISAH INI. TERIMA KASIH!

haa baru la boleh mula baca


sesudah selesai memilih ajk menengah atas dan menengah bawah, maka bermulalah acara perbarisan kali pertama di tapak gelanggang badminton berhadapan makmal. ok, time tu semua ahli kadet memakai baju unit uniform masing-masing kecuali student itu seorang sahaja yang dengan slamba dekk nye pakai baju kurung sekolah. oleh disebabkan si penulis yang rimas nak taip perkataan "student itu" lagi, maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawasanya 'anis' merupakan pengganti kepada "student itu". so, there is no longer "student itu" dalam siri kali ini. kerjasama anda amatlah saya hargai, terima kasih.



ok. jadi disebabkan ketika itu, anis merupakan satu dalam sejuta atau dalam banyak-banyak lembu ada seekor kambing. lebih kurang macam tu la perumpamaan dia kan. so, dah sah-sah la nampak jelas sangat kan, dia seorang sahaja yang lain dari yang lain. in another word "pelik".oleh itu, anis pun disoal siasat la oleh cikgu tersebut. baik lah, sekali lagi, disebabkan kerimasan yang melanda si penulis, maka dengan ini berlakulah substitution mengenai the word "cikgu tersebut" change to "cik zaem" . segala kesulitan amatlah dikesali.




setelah itu, anis pun menerangkan lah dari a sampai z sekali gus memperkenalkan dirinya. cik zaem turut teruja lalu memperkenalkan dirinya juga. maka dengan itu, bermulalah titik permulaan antara anis dan cik zaem. cik zaem begitu gembira bertemu dengan anis. selepas beberapa minit mereka bersua kenal, pergerakan statik dalam perbarisan pun dimulakan. semua ahli termasuk anis melakukan pergerakan statik tersebut sambil diperhatikan oleh cik zaem. malangnya, cik zaem memarahi mereka kerana tidak melakukan pergerakan dengan betul. ketika itu, arahan menyuruh "buka barisan" tetapi ahli kadet melakukan dengan tidak bersemangat.



tanpa diesedari, cik zaem telah memuji anis di hadapan semua ahli kadet yang lain tentang cara anis "buka barisan". lalu, semua ahli kadet memandang terus ke arah anis. dan tanpa diduga, anis berasa sangat malu dan blushing gila. tapi untungla anis masih mampu untuk menahan reaksi di wajahnya ketika itu. cik zaem menyuruh mereka semua supaya mencontohi anis. bertambah malu dan blushinglah lagi si anis. itu membuatkan anis tak boleh melupakan peristiwa tersebut sampai dia mati.



seterusnya, cik zaem membawa anis ke salah satu platun yang telah dibahagi mengikut kumpulan. setiap platun yang merupakan junior tingkatan satu mempunyai kira-kira 10 orang ahli. anis disuruh cik zaem untuk memberi arahan kepada platun tersebut. bayangkanlah, anis yang baru sehari dua (in another word, freshy) dalam sekolah tersebut tiba-tiba diberi kepercayaan untuk menjadi ketua platun. confirm-confirm dia ketaq kaki. suara pun confirm tak keluaq punya. haeshh!! agak-agak la cik zaem ni pun. so, tak dapat la, melepasla peluang untuk menjadi ketua platun. lantas, anis cuma menjadi pelatih dan mengajar junior-junior tersebut.





sesudah beberapa minit berlatih dan melatih, mereka diberi rehat selama 15minit. maka time itulah cik zaem cuba untuk meneruskan sesi suai kenai bersama anis. anis yang sedang duduk keseorangan, tiba-tiba ditegur oleh cik zaem. yang anehnya, cik zaem membahasakan dirinya sebagai "saya" dan memanggil anis sebagai "awak". padahal, dengan pelajar lain dia membahasakan dirinya dengan "cikgu" or "aku" dan memanggil pelajar dengan "engkau" or "hang". pelik tapi benar!! bak kata certain orang pelik bin ajaib...ok, sambung balik. cik zaem menceritakan lebih lanjut tentang dirinya kepada anis.




ok, sebelum si penulis terlupa. ketika anis lagi keseorangan, datanglah sekumpulan junior-junior yang seingat saya baru tingkatan 3 dan 2, menyoal siasat anis tentang asal dari mana. lalu datang pula cik zaem yang menghalau mereka pergi main jauh-jauh. cik zaem berpesan kepada anis supaya memberitahunya jika anis diganggu, dikacau atau dibuli. anis hanya mengangguk sambil tersenyum. kemudian, barulah cik zaem meneruskan pengenalan dirinya. lalu cik zaem dan anis mulalah bersembang rancak. last but not least, cik zaem sempat berpesan kepada anis supaya sentiasa jumpa dan cerita kepadanya sekiranya anis ada masalah atau tidak berpuas hati tentang sesuatu. anis sekali lagi mengangguk sambil tersenyum manis.
to be continued..............

baiklah, rasanya setakat itu dahulu untuk siri kali ini ye...

s.e.k.i.a.n
Thank You Images


p/s: thanks for reading!
p/s: nantikanlah siri ke 3 ye..jangan lupe...
p/s/s: segalanya ada hikmah :)

1 comment:

Zuddean said...

interesting.. hoho