Monday, December 19, 2011

ku t'lah jatuh cinta.. lol !

assalamualaikum...

untuk pertama kalinya ku tlah jatuh cinta dengan sebuah novel yang bertajuk kau laksana bulan. like seriously, aku memang tak minat langsung lah bab membaca novel-novel cinta, jiwang-jiwang karat nih. memang aku ni ekceli tak macam remaja perempuan yang lain. jauh sekali bagi aku untuk membaca kisah-kisah cinta ini. mungkin kerana ketika itu, aku masih belum matang lagi kot. so, i guess that's the reason!


ok, ni lah rupa cover depan novel kau laksana bulan. yela, aku bagitau pasaipa ku tlah jatuh cinta dengan novel ni. ekceli, salah satu sebabnya adalah bopren aku berlakon dalam drama ni. ok, let me introduce you with all the character in this story. the heroin of this story is Adrianna [ayu raudhah] who was fall in love with Razif [ashraf muslim]. they have been together for so long until oneday, Adrianna had been told that her lover, Razif was gone. he died in a tragic accident. Adrianna was so sad and yet she can not accept the fact that Razif had died. after that, Adrianna had no longer has a heart or feeling to any guy. her door heart *pintu hati* has been closed.     

ekceli aku dah terpesong sikit. cinta pertama dia Syafik [fizo omar] namun putus untuk seketika. lepas tu, baru Adrianna jumpa dengan Razif, kira cinta kedua la. huhu! maafkan saya disebabkan kesilapan teknikal sebentar tadi ya. ^-^ tu la, gatai sangat nak berspeaking. kan dah celaru. dah tau english education ke laut! huh! *cakap sorang-sorang* ok, sambung balik. kat mana kita tadi. oh ya! setelah pemergian Razif, tiba-tiba muncul pula Syafik yang kini memburu kembali cinta Adrianna.

suatu hari, dalam tren, ketika Adrianna ingin pulang ke rumah, muncul pula seorang jejaka misteri yang telah menegur Adrianna dengan cara yang baik. ok, sebelum aku terlupa, Adrianna merupakan penulis novel sambil belajar sarjana muda tak silap aku. so, bila dia jumpa mamat misteri ni, dia pun kebetulan tengah cari hero untuk novel dia. memang pilihan yang tepat lah untuk jadikan mamat misteri ni hero dalam novel dia. dia pun, masa nak update novel tu, berfikirlah nama yang sesuai kepada watak mamat tu. fikir punya fikir. last-last dia dapat satu nama *Firas*.. secara tidak langsung nama tu terlintas di benak fikiran Adrianna.

keesokan harinya, seperti biasa, Adrianna diganggu oleh jejaka misteri itu lagi. kali ini perbualan menjadi semakin rancak. lantas mereka pun berkenalan. tapi mulanya, jejaka tersebut yang mula bertanyakan nama Adrianna. setelah Adrianna memperkenalkan dirinya sebagai "Adrianna", dia menanya kembali nama mamat tersebut. pada mulanya, mamat itu menyuruh Adrianna meneka namanya. tapi, semakin lama Adrianna semakin rasa marah lalu meletakkan panggilan "mamat" untuk si jejaka tersebut.

setelah melihatkan keadaan Adrianna yang semakin marah, lantas jejaka tersebut memperkenalkan dirinya sebagai Firas............................Firas Ali [zul huzaimy]..dengan serta merta Adrianna terpaku serta kaget!

t.h.e.e.n.d

p/s: ekceli bopren aku yang pegang watak *Firas Ali* tu. ehehe
p/s/s: tak sabar-sabar aku nak tau kisah selanjutnya. nak pi bli buku ni ASAP!
p/s: aku baru tau ada cerita yang best macam ni. like seriously, nampak sangat aku ketinggalan kannn! AAK! lol :D

Sunday, December 18, 2011

minat remaja perempuan zaman sekarang?

assalamualaikum...

tak jawab dosa. kalau jawab dapat pahala. ok, ekceli aku bukan nak cakap pasal dosa pahala. aku cuma nak kongsikan minat remaja zaman sekarang. lebih-lebih lagi remaja perempuan. omputeh cakap "sharing is caring". betoi kah? kalau nak cakap minat saje, memang macam-macam jenis minat la depa ni. ok, termasuk aku. helloooo!! i'm still 8teen ok.. highlight sikit perkataan teen tu sat. haa, jelas sikit. ok, balik kepada perbincangan kita pada hari ini. minat. yaa! pelbagai jenis minat dari segi baju, kasut, mekap, tudung [shawl], handphone, laptop, beg, aksesori, barang kemas dan banyak lagi lah. ok, let's start with the first one :-

rantai burung hantu *owl*

ok, rantai ni memang femes dah sekarang. lagi-lagi di kalangan wanita remaja. tidak kira yang bertudung mahupun yang free hair, sama rata sahaja. ini bukanlah kutukan atau kritikan hebat dari saya. jangan salah faham ya. saya sendiri tuan empunya badan pun meminati *minatang* ni. dalam sebutan sopan sikit *benda alah* ni. aha! tapi tidak dinafikan memang *kiutmiut* lah hantu ni. opss!! bukan hantu. tersasul plak. burung hantu. huhu! ekceli, rantai burung hantu ni berasal dari Korea. memandangkan orang kita makin hari makin hanyut atau layan dengan lagu-lagu k-pop, oleh itu tercipta lah pula seutas rantai yang turut dihasilkan dari korea. sekali pandang di bahagian kepala sahaja nampak seperti seakan-akan kucing! tidakkah anda juga bersependapat dengan saya??..oh, by the way, saya terjumpa seutas rantai burung hantu yang sangat comel dan limited edition baru-baru ini di taiping sentral. it's cost RM19.90sen. quite expensive ekceli. but i still going to buy it. for sure. *excited*.. 

pashmina *shawl*

seterusnya, pashmina. ok, sebut je *pashmina* semua orang tau semua orang kenal kan. even kalau tanya budak 1tahun pun depa pandai sebut paaaasshhmiiiinaaa!! panjang tu. 6harakat. aha! kalau sebut ja pashmina mesti hangpa duk imagine *tudung yang berbelit-belit tu* kann. macam-macam stail lah sekarang ni. ni aku baru cakap pasal pashmina. belum cerita yang jenis lain lagi. syria lah, waheeda lah, banyakk kott. tapi setakat ni, jenih ni la aku minat sangattt!! huhu! pashmina pulak, bukan satu jenih ja. ada macam-macam jenih. memang berjenih betoi. memang mula-mula bila aku tengok orang pakai pashmina, bukan main sakan lagi aku duk kutukk habis-habisan. aku pertikaikan. "eee, tak rimas ka hangpa duk pakai ni? dah la berbelit-belit. tak panas ka? " laa ni, kena diri aku balik. punggahh! dan aku amat pasti bahawa, terdapat segelintir yang berfikiran seperti aku yang masih mempertikaikan pasal *pashmina*. titik!


kasut *wedges*

next, *wedges*. ok, bukan cheesy wedges atau apa. ini adalah kasut yang dikenali dengan panggilan wedges. sangat femes juga zaman sekarang terutama di kalangan remaja perempuan, baik yang free hair mahupun yang bertudung. kedua-duanya sering memakai benda alah ni ketika keluar lepak-lepak atau shopping mahupun dating bersama teman-teman sejati serta teman- teman lelaki. muahaha! ok, ekceli aku pun minat *minatang* ni. sangattt minat sebenarnya. tapi, aku jarang pakai kerana takut menjadi terlalu tinggi apabila disamping rakan-rakanku. like seriously, bukanlah aku nak perasan tinggi ke hapa. tapi memang aku tinggi lagi dari kawan-kawan aku. nak buat macam mana. bukan salah aku pun. not my fault!!  

gelang *bangles*

ini merupakan bangles atau aku panggil gelang ja. sangat sweet apabila digayakan dengan blouse, t-shirt, cardigen, dan banyak lagi. senang dipakai serta mudah ditanggalkan. juga femes di kalangan perempuan remaja kini. dan yang latest adalah seperti ini
gelang *bangles bukak tutup*

haa, yang ni lagi best. kalau nak pakai terus bukak pastu masukkan kat pergelangan tangan then *bangles bukak tutup* ni akan otomatik cengkam tangan kita. tak payah nak susah-susah nak sarung kot jari kemudian tolak ke pergelangan tangan. mudah kann? orang indon kata "gampang banget" aha! ni kalau dengaq kat opah aku ni gerenti hinggap sebijik penampar kat muka aku ni. haha! yela. kalau kat sini perkataan *gampang* ni dh dikira mencarut tau. like seriously orang yang baca blog aku pun bukannya orang indon. orang malaysia jugakk. so, konfem depa tau perkataan tu kann. ok, aku tak mau membebel lagi dah. cukup dulu la kot entry kali ni. sehingga berjumpa lagi di lain hari dan waktu yang sama. amboih! dah macam pengacara melodi plak. ekeke! kurangkan kontroversi, tingkatkan pretasi.. peace yaw!

p/s: segala yang berlaku pasti ada hikmah :)

Wednesday, December 14, 2011

dear d!ary: the last night in Kolumpo!!

dear d!ary: the last night in Kolumpo!!: Assalamualaikum... Ternyata sangkaanku silap. Aku still tak dapat keluaqqq rumahhh!! Arghhhh, tension siott!! aku ingat at least sebelu...

the last night in Kolumpo!!

Assalamualaikum...


Ternyata sangkaanku silap. Aku still tak dapat keluaqqq rumahhh!! Arghhhh, tension siott!! aku ingat at least sebelum aku balik ni, dapat la aku keluar sekejap. Sekejap pun jadi la. Nevertheless, langsung haram tak keluaq pun. Adoiiii..!! Saban hari aku berdoa dan berharap agar keesokan harinya aku pasti dapat keluar rumah. However, no point! Still terkurung dalam rumah ni.

Sampailah esok aku dah nak balik naik bas pukul 10.20 pagi. Memang tak dak rezeki aku kot jalan kat kl nih. Haesshh!! Pasrah je la cik Ann Watson oi. Macam manapun, aku still memberontak, protes, dan mogok! huh! Ok, kepada penghuni-penghuni kl, anda semua pasti heran dan kutuk aku kan. Yela, kl je pun. Bukan ada apa yang best pun. Hangpa mesti kata macam ni "ek eleh, ape la yang u nak sangat jalan kat kl ni? Kitorg dah jemu tau duduk kl ni, bosan! " ...Lebih kurang macam tula dialog orang kolumpo.

Of course depa akan kata macam tu. If aku ada kat tempat depa pun, sure kata benda yang sama. But, aku ni orang Taiping bukan Kolumpo. So, imagine la, bila orang Taiping mai Kolumpo. Konfem-konfem peqak. Tapi aku tak kata aku peqak. Aku orang Kamunting bukan Taiping. Tapi still dua-dua tu dalam Perak. aha! Fyi[for your information], aku usaha la protes tak mau mandi. Like seriously, bukan la tak mandi langsung. Aku mandi la jugak cuma lambat sikit. Contohnya, aku mandi paling awal dalam pukul 4 petang la. haha! Hebat kann aku!

As you ols know, i still tak dapat keluar rumah walaupun i protes. Sia-sia je i protes tau. haehh! Diorang bukannye peduli pun i mandi awal ke lewat ke. Sakit hati ni. Rasa macam nak lari dari rumah pun ada. Orang Indon cakap "gue pikir mau kabur dari rumah ah". Lebih kurang mcam tula depa cakap. Orang Perak belah Kuale Kangsar cakap "teman rase-rase la kan, teman nak lari dari rumah ni tau". Orang Kedah belah Kokdiang cakap "cek rasa kan, cek nak laqi daqi qumah la". ahahaha! Semua dialek aku tau. Jangan main-main. Phua Chu Kang kata " don't play-play" haha! Nasib baik la ada matluthfi ni. Boleh la jugak dia menemani aku disaat aku tengah kebosanan gilaaa!!


Kepada sesiapa yang meminati k-pop. Saksikanlah...!!


p/s: at least ada matluthfi kann..
p/s/s: segala yang berlaku pasti ada hikmah ^-^

Tuesday, December 13, 2011

anda stress, tension, or bosan? hilangkan dengan ini.....

Assalamualaikum...

Oleh sebab terlalu tension dengan hidup ni. So, aku amik keputusan untuk mereleasekan tension ni dengan menonton youtube..

The only way to light up my day is by watching the http://www.youtube.com/. [macam biasa, my english education memang ke laut, i tahu!]..So, what are you waiting for.? layaaaaannn..

Kategori vlogging :- matluthfi90...[make you laugh devil *gelak setan* until you rolling over on the floor *berguling atas lantai*..] kelakar gila habaq hang!!



Bagi yang cerewet sangat tu, Buat ni tak kena, buat tu tak kena. Merungut je tau. Tengok lah ni...




Kepada insan yang berasa dirinya tak cantik. Eloklah tengok ni...




For those who are still confuse about choosing your friend. See this....




Bagi sesiapa yang suka dan minat menonton drama melayu kita. Tonton lah ini....




Yang ni khas buat orang yang suka buang sampah merata-rata tempat  tanpa rasa bersalah langsung!!




Trylah jamu tetamu anda *mercun ketupat* pada hari raya nanti ye!!


Ok, banyak lagi actually. Kalau tension-tension terjah la video-video matluthfi eh. jangan lupe k!! until then, see ya!

p/s: tengok matluthfi buat video, aku pun teringin daa
p/s/s: segalanya ada hikmah :D


Sunday, December 11, 2011

someone like you jar of hearts, criminal !!!

assalamualaikum...

~nevermind i 'll find someone like you
~don't forget me i beg

~sometimes it last in love but sometimes it hurt instead
~who do you think you are
~i'm not your ghost anymore
~i learnt to live half alive
~don't come back for me, don't come back at all
~deep took so long just to feel alright
~you broke all your promises
~you don't get to get me back!!!

~mama i'm in love with the criminal
~he is a sucker
~he's just a dog astray
~he is a rebel with a tainted heart
~he's no good at all
~he's unrealiable

~i should stay away
~this type of love isn't rational it's physical
~mama please don't cry i will be alright
~all reasons inside i just can't deny
~love the guy!!
~all i know should let go but no
~i hear people talk trying to make remarks keep us apart
~but i don't even hear
~i don't care!!

p/s: i'm single but not available
p/s: segalanya ada hikmah :)

once up0n a time in kuala lumpur [part 2]

assalamualaikum...

ok, kembali merepek dalam kerepekan aku ni. dalam entry lepas aku nyatakan pasal andak and mama ajak pergi rumah abang li kan. guess what?? im here.. di rumah abang li yang dah macam rumah dato' menteri dah aku tengok. aha! stil aku tak dapat keluar dari rumah. walaupun aku dalam rumah yang berbeza. rumah tetap rumah. hukhuk! mungkin besok aku dapat keluar kot.. mudah-mudahanla kan..InsyaAllah!!

like seriously aku dah rasa macam "katak di bawah tempurung" dah ni. duk terperap dalam rumah. apa yang aku mampu buat hanyalah mengupdate blog ini. nasib baik la ada blog ni. dapat jugak aku meluahkan segala kerepekan yang telah lama membuak-buak di dadaku ini. wahh! *ayat melampau*. do i care?? ok, aku tak kira apa nak jadi jadi lah seperti ayat_____juzuk_____firman Allah swt: "kun fayakun" yang membawa maksud "jika Aku yakni Allah berkata jadi, maka jadi lah ia"....iklan sekejap! adoiiyaiii...ape yang aku merepek ni.. langsung tak dak kaitan. like i care??

macam ni lah, aku cakap macam tu sebab aku dah tak tahan nak terkurung dalam rumah lagi dah. tak kira la walau rumah artis siti nurhaliza, anuar zain, pak lah, istana raja, aaron aziz, kate spade, zac efron sekalipun, aku still nak keluaqqqq!!!!

dak. aku bukannya apa. banyak lagi duit elaun yang wajib perlu aku habiskan guna.. haha! *lagak orang banyak duit*. dak.dak. aku bukannya nak belagak ka riak ka takbur ka kann. aku teringin la nak guna sikit duit elaun aku tu alang-alang dah ada kat kuala lump0q ni kan. bukan senang aku nak mai sini.bukan selalu. so, why not?? kannn??..how i wish i could be out there. lepak-lepak sampai 2, 3 pagi. haehhh!! so sad!

ok, sebelum aku melalut lebih lanjut, baik aku sambung balik. kat mana kita tadi? oh ya! i see.. habiskan guna duit elaun. ok, duit elaun ni bukan untuk aku berfoya-foya ke pergi vacation ke ok. sebaliknya, aku nak bli souvenirs untuk familyku, saudaramaraku, keluargaangkatku, lecturerku, sahabatsejatiku, bffforeverku, rakantaulanku and mereka yang mengenali diri ini. wahhh!! baik kann aku. sangat baik gila kann?? hahahahha!!

beside that, aku nak jugak bli barang dari ujung rambut sampai ujung kaki khas untuk aku seorang ja. teringin. mengidam la katakan. zaman sekarang, mengidam benda pelik-pelik sikit.hahah! tapi, apa-apa pun selagi aku tak puaz bli barang kat sini, jangan harap aku nak balik teipeng tau!!! like seriously aku ni bukanlah shopaholic or kaki shoping or whatever la kann. aku cuma nak cuba berbelanja di bandar kuala lump0q ni ja. tu ja. tak dak sebab lain. aku ni fyi, sangat lah tidak suka shopping. bayangkan, sedangkan window shopping pun aku rimas inikan shopping. huh* sendiri mau tau la kan.. ok, cukuplah dulu ek. ni pun aku rasa dah terlalu panjang aku karang ni. that's all for this entry. see ya!

s.e.k.i.a.n

p/s: aku nak keluaq!!
p/s/s: segalanya ada hikmah :) sabar eh ann wats0n. bak kata miz fara "al sobru minal iman" something like that la.. teeehee~








once up0n a time in kuala lumpur

assalamualaikum....

izinkan aku meluahkan segala krepekan aku dalam ni. masuk hari ni dah lebih kurang seminggu aku tak dapat keluar rumah. aku terkurung dalam rumah ni sejak hari isnin hari tu. bayangkanlah, ni dah masuk hari ahad esok isnin balik. arggghhhhh!!!!!.. betapa tensi0n nya aku. betapa member0ntaknya hatiku saat, detik dan ketika ini. aku bukannya apa. aku nak keluaq dari sini. yela, kalau aku tau mai kl ni cuma untuk aku duk rumah ja baik aku duk kat rumah aku sendiri. ok, tiba-tiba sedang aku menaip krepekan ini. andak and mama ajak aku p umah abang li. yeay!! macam tau-tau ja.. okbai

p/s: segalanya ada hikmah :)

Saturday, December 10, 2011

kisah seorang student dengan cikgunya part 2

Assalamualaikum..apa khabar kepada semua bloggers di luar sana? mudah-mudahan sihat walafiat hendaknya ye! setelah sekian lama projek mengarang buku ini terbengkalai, kini kembali beroperasi. yeahh!!! so, ape lagi.. teruja la cepat....cepat-cepat
oohhh! terharunya..mendapat sambutan ramai...yeehaaa!!



okeh. kat mana kita tadi.? oh ya! buku.. sambungan dari siri yang lepas. kini kembali dengan siri ke 2..
kisah seorang student dengan cikgunya part 2
PERINGATAN: SILA SEDIAKAN POP CORN BERSAMA AIR PEPSI SEBELUM MEMBACA KISAH INI. TERIMA KASIH!

haa baru la boleh mula baca


sesudah selesai memilih ajk menengah atas dan menengah bawah, maka bermulalah acara perbarisan kali pertama di tapak gelanggang badminton berhadapan makmal. ok, time tu semua ahli kadet memakai baju unit uniform masing-masing kecuali student itu seorang sahaja yang dengan slamba dekk nye pakai baju kurung sekolah. oleh disebabkan si penulis yang rimas nak taip perkataan "student itu" lagi, maka dengan ini, saya mengisytiharkan bahawasanya 'anis' merupakan pengganti kepada "student itu". so, there is no longer "student itu" dalam siri kali ini. kerjasama anda amatlah saya hargai, terima kasih.



ok. jadi disebabkan ketika itu, anis merupakan satu dalam sejuta atau dalam banyak-banyak lembu ada seekor kambing. lebih kurang macam tu la perumpamaan dia kan. so, dah sah-sah la nampak jelas sangat kan, dia seorang sahaja yang lain dari yang lain. in another word "pelik".oleh itu, anis pun disoal siasat la oleh cikgu tersebut. baik lah, sekali lagi, disebabkan kerimasan yang melanda si penulis, maka dengan ini berlakulah substitution mengenai the word "cikgu tersebut" change to "cik zaem" . segala kesulitan amatlah dikesali.




setelah itu, anis pun menerangkan lah dari a sampai z sekali gus memperkenalkan dirinya. cik zaem turut teruja lalu memperkenalkan dirinya juga. maka dengan itu, bermulalah titik permulaan antara anis dan cik zaem. cik zaem begitu gembira bertemu dengan anis. selepas beberapa minit mereka bersua kenal, pergerakan statik dalam perbarisan pun dimulakan. semua ahli termasuk anis melakukan pergerakan statik tersebut sambil diperhatikan oleh cik zaem. malangnya, cik zaem memarahi mereka kerana tidak melakukan pergerakan dengan betul. ketika itu, arahan menyuruh "buka barisan" tetapi ahli kadet melakukan dengan tidak bersemangat.



tanpa diesedari, cik zaem telah memuji anis di hadapan semua ahli kadet yang lain tentang cara anis "buka barisan". lalu, semua ahli kadet memandang terus ke arah anis. dan tanpa diduga, anis berasa sangat malu dan blushing gila. tapi untungla anis masih mampu untuk menahan reaksi di wajahnya ketika itu. cik zaem menyuruh mereka semua supaya mencontohi anis. bertambah malu dan blushinglah lagi si anis. itu membuatkan anis tak boleh melupakan peristiwa tersebut sampai dia mati.



seterusnya, cik zaem membawa anis ke salah satu platun yang telah dibahagi mengikut kumpulan. setiap platun yang merupakan junior tingkatan satu mempunyai kira-kira 10 orang ahli. anis disuruh cik zaem untuk memberi arahan kepada platun tersebut. bayangkanlah, anis yang baru sehari dua (in another word, freshy) dalam sekolah tersebut tiba-tiba diberi kepercayaan untuk menjadi ketua platun. confirm-confirm dia ketaq kaki. suara pun confirm tak keluaq punya. haeshh!! agak-agak la cik zaem ni pun. so, tak dapat la, melepasla peluang untuk menjadi ketua platun. lantas, anis cuma menjadi pelatih dan mengajar junior-junior tersebut.





sesudah beberapa minit berlatih dan melatih, mereka diberi rehat selama 15minit. maka time itulah cik zaem cuba untuk meneruskan sesi suai kenai bersama anis. anis yang sedang duduk keseorangan, tiba-tiba ditegur oleh cik zaem. yang anehnya, cik zaem membahasakan dirinya sebagai "saya" dan memanggil anis sebagai "awak". padahal, dengan pelajar lain dia membahasakan dirinya dengan "cikgu" or "aku" dan memanggil pelajar dengan "engkau" or "hang". pelik tapi benar!! bak kata certain orang pelik bin ajaib...ok, sambung balik. cik zaem menceritakan lebih lanjut tentang dirinya kepada anis.




ok, sebelum si penulis terlupa. ketika anis lagi keseorangan, datanglah sekumpulan junior-junior yang seingat saya baru tingkatan 3 dan 2, menyoal siasat anis tentang asal dari mana. lalu datang pula cik zaem yang menghalau mereka pergi main jauh-jauh. cik zaem berpesan kepada anis supaya memberitahunya jika anis diganggu, dikacau atau dibuli. anis hanya mengangguk sambil tersenyum. kemudian, barulah cik zaem meneruskan pengenalan dirinya. lalu cik zaem dan anis mulalah bersembang rancak. last but not least, cik zaem sempat berpesan kepada anis supaya sentiasa jumpa dan cerita kepadanya sekiranya anis ada masalah atau tidak berpuas hati tentang sesuatu. anis sekali lagi mengangguk sambil tersenyum manis.
to be continued..............

baiklah, rasanya setakat itu dahulu untuk siri kali ini ye...

s.e.k.i.a.n
Thank You Images


p/s: thanks for reading!
p/s: nantikanlah siri ke 3 ye..jangan lupe...
p/s/s: segalanya ada hikmah :)

Friday, December 9, 2011

a holiday in kuala lumpur

ok. seriously aku BOSAN gila nak mampuih sekarang!!!!

apa yang boleh aku buat pun :
-on9
-dengaq lagu
-tengok tv
-makan
-mandi
-tidoq
-on9 balek
-dengaq lagu yg sma
-tengok tv
-makan
-mandi
-tidoq balek

dah tak dak benda laen dah....tiap-tiap hari ulang benda yang sama....arrrggghhhh!!! tension siottt..

~the look of super stress

list yang aku nak buat time kat kl nii:
-pusing satu kl
-jalan-jalan kat the curve
-window shopping kat mid valley
-lepak kat mall mana-mana
-p umah abg li n kak shakirah
-nak main ngan aidid iman
-keluaq date ngan sapa-sapa
-keluaq umah n balek kui 3,4 pagi
-makan benda yang aku tak pernah jumpa
-kacau orang
-jumpa abg subway (ok, ni supposedly dduk kat list teratas skali tu)
-nak bli souvenirs kat family n frens
-nak p umah sapa-sapa
-nak p klcc
-nak guna elaun mara setngah
-nak p joli skan
-nak tngok rupa ict (perrakk sikit)..
-nak p ikea
-last but not least is jelajah satu kuala lumpoq ni

~the look of super excited

p/s: aku nak cepat balik taiping (home sweet home! )
p/s/s: aku nak keluaq ngan tuuutt*** p teng0k wayang (ombak rindu)
p/s/s/s: sblom balek taiping, aku nak jumpa abg subway for the last time... :)